SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Hari Menyambut Kemerdekaan

Negara kita sekali lagi akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang k-53 kali. Sejarah lalu membuat rakyat sedar betapa susah dan payah rakyat dahulu. Kini kita boleh berdiri megah dengan apa yang kita perolehi.

Seperti saranan Perdana Menteri sekarang, kita perlu wujudkan Satu Malaysia iaitu hidup bersama-sama di dalam negara tanpa permusuhan dan saling tahu adap-adap masing-masing.

Alangkah bagusnya kalau itu tercapai dan tidak pula ada yang mempertikaikan hak kaum tertentu. Bangsa dan agama perlu lah seiring dengan arus sekarang. Jika kemajuan tidak dipeduli tentu bencana akan menyusul. Kita akan diperkotak katikkan. Kekuatan kita perlu ada agar negara luar tidak melihat kita hanya sekecil kaum yang tidak bertamadun. Bagi yang memperjuangkan agama pula, teruskan usaha membawa rakyat kepada jalan-jalan yang baik untuk sama alami. Jangan disebabkan sesuatu, agama dan bangsa kita terdedah pada bahaya yang menjelma.



Kita didiklah anak bangsa erti kemerdekaan sebenar. Biar mereka tahu merdeka bukan bererti bebas buat apa saja tanpa batas dan aturan. Penerapan di sekolah adalah satu langkah baik untuk mereka mula mengenali merdeka untuk negara. Hargai negara untuk generasi kita akan datang.

 


Merdeka, merdeka, merdeka !!!!
*************************