Di Taman Rimba, Teluk Bahang
Setelah sampai ke tapak BBQ, inilah petugas yg bertindak utk menyalakan api bg membuat ikan bakar tiga rasa. Persiapan telah disediakan utk menjalankn proses ini. Memandangkan ini merupakan kerja yg jarang2 dilakukan. Malangnya mereka kekurangan satu benda plak yg boleh kata penting jgk.
Kejadian pelik berlaku.
Tanpa di sangka kekecewaan berlaku jua apabila petugas gagal mencapai api yg diharapkan. Api tidak menjadi bara, Kelaparan jelas terpancar setelah berusaha tidak selama mana. Ilmu harus dituntut lg utk berjaya. Teguk air dulu sebagai pelepas kekecewaan petugas yg masih baru ini. Diaorg ni action je lebih tapi bakat kurang ditonjolkan. Mana tidaknya.....baru kipas sekipas dua dah nak minum air, sb tu la api pn segan2 nak kuar. Dulu dah ajar tapi pengalaman tidak disimpan di dalam memori atau ex-hardisk.
Korang saksilah sendiri, aku tak larat nak reka ayat lg. Hanya beberapa je yg boleh diletakkan di sini.
Gembira dapat makan lepas api menyala.
Sedap jugak walaupn ikan temenung bakar je. Itupn ambik masa nak masak.
Selepas berendam sekejab, kami posing sikit. Ini dapat eratkan hubungan yang ada. Bergaya di sekeliling alam flora ciptaan Tuhan Yang Mana Esa.
Akhirnya jom balik, kita singgah Taman Rama-rama di sebelah.
No comments:
Post a Comment