SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Marketing CBF228

MARKETING PLAN CBF228:

1. Yuran Keahlian:


Yuran Keahlian CBF228 ialah RM155 seumur hidup. Ahli akan diberikan satu halaman web yang membolehkan mereka melakukan dan melihat transaksi pembelian produk, jualan kumpulan, withdrawl bonus, carta organisasi kumpulan dan sebagainya. Keahlian ini adalah termasuk dengan 1 Unit International Profit Sharing yang akan memberikan ahli ini bonus Pool Mingguan. Di samping itu, ahli boleh memilih untuk menyertai satu program khairat kematian melalui CCP Programme.

2. StaterKit & Marketing Tools:

Ahli WAJIB untuk memiliki StaterKit yang dibekalkan oleh pihak CBF228. Harganya ialah RM150 dan hanya perlu dibayar sekali sahaja. Staterkit ini boleh didapati di HQ, Ceramic eMart dan Mobile Stokis yang dilantik oleh pihak syarikat. StaterKit ini mengandungi etika perniagaan, terma dan syarat keahlian, maklumat mengenai produk-produk syarikat, carta organisasi syarikat dan juga Lesen Jualan Langsung syarikat.

3. Product Pack:

Product Pack merupakan syarat belian WAJIB sebagai maintenence yang perlu dibeli oleh kesemua ahli setiap bulan. Product Pack ini bernilai RM150 dan mempunyai beberapa pilihan produk yang akan ditambah dari semasa ke semasa. Anda boleh memilih untuk mengambil produk tersebut di HQ atau di mana-mana cawangan eMart berdekatan. Product Pack ini juga boleh dibeli dengan Mobile Stokis.

Setiap Product Pack mempunyai no PIN yang akan membolehkan ahli membeli Rebate Package pada bulan yang sama.

4. Rebate Package:

Terdapat 4 Rebate Package yang diperkenalkan iaitu:

Package Classic 2010 : 450 BV = Rewards By 25 LP + Rebate 250ev x 4 months
Package Silver 2010 : 900 BV = Rewards By 50 LP + Rebate 500ev x 4 months
Package Gold 2010 : 1900 BV = Rewards By 100 LP + Rebate 900ev x 5 months
Package Platinum 2010 : 3400 BV = Rewards By 150 LP + Rebate 1350ev x 6 months
Booster/Entrepreneur Bonus (Unilevel Bonus hasil pembelian rebate Package oleh Downline)

Level D1 = 10% x Sales
Level D2 = 2% x Sales
Level D3 = 2% x Sales
Level D4 = 2% x Sales
Level Manager = 2% x Sales
Level Silver Manager = 2% x Sales
Total Unilevel Bonus akan dipecahkan ke:

70% sebagai Availaible EV (Bonus Bersih)
20% sebagai Reconsumption for IPS
10% sebagai Loyalty Point (LP)
5. Loyalty Point:

Loyalty Point adalah ganjaran tambahan oleh pihak CBF228. Ahli boleh menggunakan mata ganjaran LP ini untuk ditebus dengan barangan dan produk di mana-mana rangkaian Ceramic eMart. Sila bawa bersama Kad Privilege CBF228 untuk proses penebusan mata ganjaran tersebut.

Secara asasnya, Loyalty Point boleh dikumpul melalui beberapa kaedah iaitu:

Rewards dari Rebate Package
10% daripada Unilevel Booster/Entrepreneur Bonus

Produk Bulanan Ahli








Produk diatas adalah penting dalam menjalankan bisnes ini. Pembeliannya wajib mengikut syarat syarikat sebagai sebuah syarikat jualan lansung. Ini perlu dipatuhi mengikut syarat lesen yang telah diberi. Kelebihan membeli produk ini membenarkan ahli withdraw EV kepada TUNAI terus ke dalam bank. Ia juga membolehkan ahli membuat SELLBACK@REBET setiap bulan. Harga produk ini wajib dengan kadar RM150.00

Product For Sellback@Rebate



Antara produk terdapat dalam PAKEJ yang boleh semua ahli menikmati keistimewaan SELLBAK mengikut syarat dan terma tertentu. Keuntungan akan diperolehi disini.

PILIHAN 1
Anda Menjual Sendiri atau Guna Sendiri produk
PILIHAN 2
Jika Anda TIDAK MAMPU MENJUAL, ANDA boleh menjual kembali kepada Syarikat.
Syarikat akan membeli balik produk dengan persetujuan bersama nilai harga lebih mengikut pakej dan secara ansuran bulanan.

Lesen diakui SSM



Lesen sah syarikat bertaraf Berhad

Kemantapan diteruskan kecemerlangan


Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, plan dari pihak syarikat telah mempunyai pelbagai perubahan yang sedikit sebanyak memberi kesan & pelbagai reaksi kepada setiap ahlinya. Namun kita semua harus faham, perancangan & pengstrukturan adalah bertujuan untuk pengukuhan agar syarikat dapat pergi lebih jauh dari apa yang kita mampu bayangkan. Dan di antaranya plan terbaru syarikat adalah Evolusi 2010. Seperti yang telah disampaikan sendiri oleh CEO Dr. Ahmad Makmur & Dr. Steve pada 17hb Januari 2010 di HQ, kini terdapat 3 konsep di dalam perniagaan CBF228 ini, iaitu:

1. Konsep asal iaitu Pakej Rebate (dulunya dikenali dengan Sellback Policy).

2. EVO SHOPPING PLAN (Konsep Jualan Langsung).

3. Ezzy EV Installment Plan.


KONSEP 1 - PAKEJ REBATE

Konsep yang berasaskan pendapatan pasif ini tidak perlulah diterangkan dengan lebih lanjut kerana sudah pasti semua tahu konsep ataupun plan bisnesnya dan kerana plan ini jugaklah kita semua menyertai perniagaan ini. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa perubahan pada tahun 2010 di mana modal pusingan dan jadual rebate telah berubah. Kita akan dapati bahawa terdapat 1 kali pembelian produk (900 EV) tanpa rebate kepada ahli lama (2007 - 2009), peningkatan modal pusingan, jadual pusingan semakin panjang dan juga terdapat belian Pek Produk bernilai RM 150 untuk setiap bulan. Di antara beberapa jenis produknya adalah Colostrum IG2 Gold – 2 Kotak, XLim Comic Gold (Cocoa Based) – 2 Kotak dan Maca Plux – 2 Kotak.

Seperti apa yang kita sedia maklum bahawa CBFB kini telah pun berubah menjadi sebuah syarikat perniagaan jualan langsung (MLM). Di mana kita sebagai ahli sekarang ini akan berada di bawah naungan syarikat Asia World Capital Holding Sdn. Bhd, yang mana kininya telah pun menjadi salah satu anak syarikat kepada CBFB. Plan Rebate ini melalui info yang telah disampaikan oleh pihak syarikat, sebenarnya pihak KPDNKK tidak dapat meluluskan dan mengeluarkan lesen Akta Jualan Langsung (AJL) walaupun kita telah memberikan penjelasan secara terperinci tentang konsep perniagaan ini dijalankan. Di atas sokongan Datuk Yusuf Sulaiman iaitu pengerusi Asia World, pihak KPDNKK telahpun bersetuju untuk mengeluarkan Lesen AJL yang akan siap pada awal Febuari dengan beberapa syarat yang wajib dipatuhi. Antaranya ialah wajib ke atas pembelian produk & rebate perlu dipanjangkan supaya ia membentuk seperti bonus kepada ahli. Syukur Alhamdulillah, konsep ini masih dapat diteruskan. Seperti yang kita sedia maklum, lesen AJL adalah penting kerana ianya merujuk kepada satu perniagaan jualan yang sah di sisi undang-undang, tiada pertikaian oleh mana-mana pihak serta menjaga hak kepada kedua-dua pihak iaitu kepada syarikat dan juga ahli di bawah naungannya. Antara kelebihan kepada ahli ialah pihak syarikat tidak boleh menukar plan dengan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada pihak KPDNKK. Berbalik kepada konsep dan apa yang harus kita faham sekarang ini, nilai pakej rebate yang lebih rendah (Pakej 900 & 1800) tidak akan memberikan pulangan yang setimpal kepada ahli yang menyertai pakej keluarga yang besar ataupun kepada leader yang mempunyai rangkaian yang luas sahaja. Hanya kepada individu yang membuat pakej besar sahaja akan mendapat pulangan yang setimpal. Akan tetapi kesemua pakej yang ada, modal perlulah ditambah mengikut pakej yang diambil. Justeru itu, saya akan sampaikan beberapa perancangan pada akhir penerangan ini.


PAKEJ REBATE BOOSTER 2010(DISAHKAN OLEH KPDNKK YANG MENGELUARKAN LESEN AJL/MLM)

Classic Package (RM900) - Rebate RM250 selama 4 bulan (25 LP)

Silver Package (RM1800) - Rebate RM500 selama 4 bulan (50LP)

Gold Package (RM3800) - Rebate RM900 selama 5 bulan (100LP)

Platinum Package (RM6800) - Rebate RM1350 selama 6 bulan (150LP)


KONSEP 2 - EVO SHOPPING PLAN

Ini adalah satu konsep perniagaan baru yang akan dilancarkan pada bulan Mac 2010. Kelebihan pelan syarikat CBFB ialah ianya adalah sedikit berbeza dengan mana-mana konsep perniagaan jualan langsung yang dijalankan oleh syarikat-syarikat MLM yang seumpamanya. Di sini, syarikat akan memperkenalkan 1 lagi kad iaitu Kad Evolusi di mana kita boleh membuat pindahan EV (Electonic Value : 1 EV = RM 1) dari wallet kita terus ke dalam kad ini dan ditukarkan menjadi E-point. Dari sini, kita boleh membeli produk CBF tanpa mengunakan wang tunai serta mendapat komisyen dari perbelanjaan ini. Pulangan peribadi (Personal Sale) adalah seperti berikut :

EVO SHOPPING REBATE

. 150 EV = 3% x 10 bulan (30%) = 4.5 x 10 = 45 EV
. 500 EV = 4% x 10 bulan (40%) = 20 x 10 = 200 EV
. 2,000 EV = 5% x 10 bulan (50%) = 100 x 10 = 1,000 EV
. 5,000 EV = 6% x 10 bulan (60%) = 300 x 10 = 3,000 EV
. 15,000 EV = 7% x 10 bulan (70%) = 1,050 x 10 = 10,500 EV
. 30,000 EV = 8% x 10 bulan (80%) = 2,400 x 10 = 24,000 EV
. 50,000 EV = 9% x 10 bulan (90%) = 4,500 x 10 = 45,000 EV
. 80,000 EV = 10% x 10 bulan (100%) = 8,000 x 10 = 80,000 EV

Sebagai contohnya ialah; sekiranya kita berbelanja sebanyak 150 EV (RM 150), pihak syarikat akan memberikan pulangan rebate EV ke dalam wallet kita pada bulan berikutnya sebanyak 3% (4.5 EV) x 10 bulan = 45 EV. Bukan itu sahaja, sekiranya ahli di bawah rangkaian kita juga berbelanja dengan konsep yang sama, kita juga akan mendapat komisyen atau reward dari pihak syarikat. Pembayaran bonus ini akan dikira pada setiap 15hb pada bulan yang berikutnya dalam bentuk Cek. Pembayaran komisyen adalah seperti berikut:

70% tunai yang dibayar dalam bentuk Cek
20% dimasukkan ke dalam tabung IPS Peribadi
10% dalam bentuk Loyalty Point (LP)

Lagi banyak kita berbelanja, lagi banyak rebate yang akan kita terima kembali dan lagi banyak rakan dari rangkaian kita berbelanja, lagi banyak bonus yang akan kita terima. Malahan ianya bukan sekadar untuk kita berbelanja, kita juga boleh menjual seberapa banyak yang kita mampu dan dari situ juga akan wujudnya satu lagi keunutungan tunai secara tidak langsung. Seperti yang disampaikan oleh Dr. Steve, kita bukan hanya akan menjual produk kesihatan Asia World sahaja tetapi syarikat akan mempelbagaikan lagi produk yang berjenama CBC sebagai memperingati nama yang cukup gah suatu masa dahulu. Antara produk-produk yang akan dipasarkan adalah produk kecantikan (Skin Care), sabun, Slim Wear, minyak enjin Semi dan Fully Sintetic serta pelbagai lagi produk keperluan harian. Seperti info yang diterima, syarikat hanya akan memasarkan produk-produk yang terbaik sahaja agar kita akan lebih diterima, syarikat hanya akan memasarkan produk-produk yang terbaik sahaja agar kita akan lebih fokus kepada "killer product" di mana ianya lebih mudah untuk dijual. Ini bermakna semakin banyak pilihan produk yang berkualiti, semakin tinggilah potensi penjualan mahupun untuk kegunaan diri kita sendiri. Kelebihannya yang dapat kita lihat di sini berbanding dengan lain-lain syarikat MLM, kita tidak memerlukan wang tunai, hanya mengunakan keuntungan dari Pakej Rebate sudah boleh "shopping"!! Satu konsep perniagaan MLM alaf baru. Syabas CBFB! Potensi pendapatan dari konsep ini sangatlah tinggi di mana kita akan mendapat pulangan dari 3 sumber iaitu;

. Rebate EV dari 30% sehingga ke 100%

. Komisyen dari rangkaian di bawah kita yang sudah sedia terbina

. Pulangan tunai melalui jualan produk

Selain daripada itu, kita juga akan dianugerahkan pangkat mengikut jumlah ahli serta level seperti yang tertera di dalam jadual yang dilampirkan. Dan bukan itu sahaja, sekiranya kita berada di tahap yang tertinggi (Diamond Manager - DM) kita akan mendapat satu lagi bonus tambahan dari pihak syarikat iaitu Evo Shopping Fund = 0.5%. Syarikat akan membayar ahli yang layak (DM) sebanyak 0.5% daripada jumlah keuntungan jualan bulanan syarikat (CTO - Company Turn Over) yang akan dikumpulkan selama 12 bulan. Contoh pengiraan adalah seperti berikut:

. (CTO) 5,000,000 x 0.5% / 10 (DM) = RM 25,000

. RM 25,000 x 12 bulan = RM 300,000

Ianya akan dianugerahkan pada setiap penghujung tahun. Bagaimana, tidakkah ini merupakan satu pulangan yang lumayan dan tidakkah kita terfikir bahawa akan lebih ramai di kalangan ahli-ahli MLM yang akan menyertai bisnes kita dan merebut peluang ini? Oleh yang demikian dari konsep 1 itu tadi, kita boleh pula membuat sumber pendapatan tambahan kedua mahupun menambah lagi ahli di bawah rangkaian kita melalui plan ini (cari atau tajalah ahli yang memang kaki MLM ataupun networking biz, gerenti meletup!). Walau bagaimanapun plan ini adalah tidak wajib kepada setiap ahli tetapi ianya adalah satu kelebihan kepada mereka yang ingin membuat pendapatan sampingan. Sekiranya dilihat dan dikaji dari sudut pandangan kasar, adakah kita pernah terdengar dan terlihat mana-mana syarikat MLM menjalankan konsep perniagaan seumpama ini? Kebiasaanya, perlu mengunakan tunai dan bila produk terjual baru dapat pulangan bukan? Setiap bulan wajib "maintain" jualan (Kena guna duit poket & penajaan ahli baru. Memang tidak dinafikan pulangannya adalah lumayan, tetapi tidakkah ianya suatu konsep perniagaan "tradisional" yang amat memenatkan? Dan cuba kita bayangkan sekiranya ada di kalangan ahli di bawah rangkaian kita yang sememangnya bijak dalam menjual produk ataupun mereka sememangnya cukup mahir di dalam bidang jualan langsung. Tidakkah kita merasakan ianya merupakan satu kerugian kepada diri kita sendiri sekiranya tidak turut serta? Secara ringkasnya, hanya "shopping" 150 EV sahaja dari keuntungan Pakej Rebate (bukan guna duit Poket), kita akan mempunyai satu lagi sumber pendapatan tambahan. Sekarang ini adalah terpulang kepada diri kita sendiri sama ada mahu ataupun sebaliknya. Sedikit pepatah orang sukses; "peluang seharusnya direbut sebelum ianya direbut oleh orang lain". Dan sedikit pepatah daripada mereka-mereka yang mengikuti perniagaan MLM, "setiap orang memerlukan DUIT untuk kehidupan seharian mereka. Akan tetapi bagi kami yang menjalankan perniagaan MLM, ianya akan memberikan dua maksud yang berbeza iaitu. 1: sumber kewangan 2: D-oa, U-saha, I-khtiar, T-awakal".



KONSEP 3 - EZZY EV INSTALLMENT PLAN

Ini juga adalah satu konsep baru yang diperkenalkan oleh CBFB yang akan bermula pada Febuari 2010. Mungkin kita kurang faham bagaimana ianya berfungsi bukan? Bermula Febuari, seluruh emart di Malaysia akan menyediakan satu katalog di mana produk-produknya adalah terdiri daripada Handphone, Laptop, Barangan Elektrik seperti TV LCD, Aircond dan akan dipelbagaikan dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun terdapat had kredit bagi ahli dan hadnya adalah mengikut nilai pakej Rebate. Pengiraannya adalah seperti berikut:


Pakej Rebate / Had Kredit

Pakej 900 / 2,000

Pakej 1800 / 4,000

Pakej 3800 / 8,000

Pakej 6800 / 12,000


Cara-caranya adalah, sebelum kita membuat sebarang pembelian kita hendaklah mengisi 1 borang yang disediakan oleh pihak syarikat, salinan kad pengenalan dan kita memerlukan seorang penjamin iaitu samada pemilik Emart ataupun dari seorang Leader. Cara pembayarannya adalah untuk bulan pertama hendaklah dibayar secara tunai mengikut nilai ansuran dan 9 bulan seterusnya syarikat akan menolak EV di dalam wallet kita secara auto dan tempoh kelulusan adalah sekitar 2 - 4 minggu. Sebagai contoh pengiraan adalah seperti berikut;

Handphone yang ingin dibeli : Nokia 5800 Xpress Music (Original Set)

Ansuran Pertama - RM 149 Tunai

Ansuran 2 - 10 - 149 EV akan dipotong secara auto di dalam wallet kita selama 9 bulan

Nilai Handphone - RM 1,490.00

Jika kita lihat di sini, nilai Handphone itu tidak jauh perbezaannya berbanding dengan nilai pasaran terkini sungguhpun kita membuat pembayaran secara ansuran. Jika membuat perbandingan dengan mana-mana syarikat yang membuat ansuran kredit, kebarangkalian faedah yang akan dikenakan adalah di dalam sekitar 40 - 70% dari nilai produk. Dan syarikat CBF hanya menaikkan nilai produk sekitar 15 - 30% sahaja sebagai keuntungan syarikat dan komisyen kepada pemilik emart. Selain daripada kita tidak perlu mengeluarkan wang tunai yang banyak, turut juga ada di sini kebarangkalian kita tidak perlu membayar barangan itu walau sesen pun! Tidak percaya? Begini rahsianya : Seandainya kita mempunyai seorang ahli di bawah kita yang mengambil Pakej Gold @ 3800, komisyen yang kita terima sebanyak 266 EV bersih darinya sudahpun mampu bagi kita untuk membayar ansuran bulanan 149 EV serta masih lagi mempunyai baki di dalam akaun. Barang dapat dengan percuma, duit pun dapat jugak, untung pakej rebate pun tak terusik! Tidakkah ini sesuatu yang baru, bagi pendapat saya amatlah hebat dan luar biasa sekali! Ianya akan membuka kembali peluang atau jalan kepada kita untuk terus menaja ahli-ahli baru dengan adanya pelbagai konsep bisnes tetapi dengan hanya 1 keahlian sahaja. Dan tidak mustahil pada satu hari nanti, Syarikat akan membenarkan ahli membeli motor, kereta mahupun rumah dengan hanya membuat pembayaran secara ansuran dengan mengunakan EV sahaja! Mungkin kita akan katakan mustahil pada masa ini tetapi di dalam Ceramic segalanya mungkin. CBF Mantap..!!

Kini Evolution Berlaku

Tanggal 22 Julai 2009 adalah detik bersejarah bagi Syarikat dan para Distributor apabila Syarikat ACM telah disabotaj dan diserbu oleh BNM. walaupun serbuan dibuat, pihak management cuba menghalang pegawai BNM dari merampas dokumen HQ dan telah menyoal kembali 'sebab dan alasan' mereka membuat serbuan tersebut (mne ade kes kena serbu tp pgawai BNM plak kna soal dgn syarikat). hasil temu bual dengan pegawai BNM (yang datang ke HQ tu) telah menyatakan bahawa serbuan yang dibuat itu adalah atas arahan dari "orang atasan". jadi, mereka perlu menjalankan siasatan tersebut. dan Kita semua telah tahu bahawa Syarikat kte telah disabotaj oleh sebuah syarikat MLM. Semua orang tahu syarikat tidak salah dan menjalankan perniagaan yang betul. tapi, kenapa belum lepas lagi? sebab apabila Siasatan BNM ini (terpaksa) dilakukan, adalah menjadi procedure siasatan BNM yang memakan masa minimum 3~6 bulan. tidak kisah syarikat ini Salah atau Tidak, procedure tetap dijalankan. tengoklah kes SwishCash dulu, selepas 3 tahun baru dilepaskan dan telah dibuat keputusan tidak bersalah (knp 3 thun?? BNM rolling duit syarikat yg disiasat dlu ke? siapa thu. Malaysia penuh dengan mcm2 akta). seperti yang berlaku sblm nie, syarikat tidak dapat beroperasi dan akaun syarikat dibeku (termasuk akaun steve dan lain2 management) bg proses siasatan. Namun,disebabkan pihak BNM juga tahu bahawa Syarikat ceramic menjalankan perniagaan yang telus, Syarikat ini dibenarkan untuk meneruskan perniagaannya dengan cara yang dicadangkan iaitu dengan menubuhkan syarikat berhad dan mengambil alih perniagaan syarikat asia ceramic marketing (ACM) ini dengan konsep yang sama dgn beberapa perubahan kecil (supaya tidak lagi disabotaj). dari situ, syarikat CERAMIC BUSINESS FOCUS BERHAD telah dilancarkan pada 15 Ogos 2009. bermulanya satu titik kepada perniagaan syarikat berhad ini. ketika ini, ahli sedia ada (yang join sebelum 22 Julai 2009) adalah ahli Asia Ceramic Marketing sdn bhd. oleh itu, mereka perlu mengisi dua surat yang menandakan (1)ahli setuju keluar dari syarikat Asia Ceramic marketing sdn bhd dan (2) setuju menyertai syarikat Ceramic Business focus berhad ini yang akan menanggung hutang dari ACM dan membayar kepada ahli mengikut kaedahnya tersendiri. mengharapkan wang yang dibeku dalam akaun syarikat ACM (Puluhan Juta) dapat dikembalikan dalam tempoh 3 bulan, syarikat berhad cuba mencari jalan untuk menjana kembali wang tersebut dengan ahli sedia ada (ahli join sblm 22 Julai 2009). antaranya melalui activate Rm88, kad privilege Rm30, extra package, belian share berhad dan sebagainya.

Kelemahan Diperbaiki


Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit. Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan. BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit. Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung. Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan. �Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,� jelas kenyataan itu. Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit. Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain. Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,�� jelas kenyataan itu. Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.