SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Piala Suzuki AFF - MALAYSIA HEBAT

Syabas buat skuad bola sepak Malaysia yang berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki buat julung-julung kalinya selepas 17 tahun edisi kejohanan berlangsung.



Ternyata K. Rajagobal telah meletakkan prestasi pasukan Harimau Malaya ke satu tahap yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Semoga ianya membuahkan sesuatu yang lebih positif untuk tahun 2011.

Walaupun ada yg tak puas hati dengan insiden laser.Tapi terimalah kekalahan dengan hati terbuka.Kalah menang adat permainan.Sukan adalah untuk merapatkan hubungan satu sama lain.Bukan untuk kita bermusuh-musahan.


3-MASINS- 0
di Kuala Lumpur

INS (2-1) MAS
(Jakarta, Indonesia)

AKHIRNYA
argegat 4-2

JUMAAT - 31 DISEMBER 2010
CUTI UMUM



Wayang Kita




Pengarah
Lakonan:
:
Sofea (Pelakon Utama)
:
Aleesya (Pelakon Utama)
:
Zackry (Pelakon Utama)
:
Ibu Firdaus (Pelakon Pembantu)
:
Bapa Aleesya (Pelakon Pembantu)
:
Bapa Hani (Pelakon Pembantu)
:
Ibu Hani (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Penyunting)
Penerbit:
:
(Penerbit)

Jalan Tgk Wayang


Peerggghhhhh....gelak jgk aku dibuatnya. Menonton cite hantu yg aku dr awal dh tahu mcm mana dia punya  kesudahan. Menarik cite dengan gelak yg best. Kuat gak org nonton dlm panggung tu gelak. Aku gan wife pn gelak gak tk ingat. Asyik senyum je bila tgk keletah artis yg ntah apa apa tah.

Jalan cite dia mcm biasa je cuma kuat dgn komedi artis yg berlakon tu. Buat mcm takde pepe je. Seingat aku la, cite ni tak la sekuat mcm Zombi Kampung Pisang dulu. Melihat klimaks dia buat org tertunggu-tunggu nak tau pasal zombi tu. 

Apa pn best jgk la nak hilangkn bosan duk umah tk wat pepe tu. Aku syorkn kalu korang dalam dilema, sedih, sendu atau pn kemerengan baik pi tgk. Nanti bleh lah ilang masalah korang tu. Jom tengok lagi


Best layan Cinta Kristal - Awie



Myvi-Go to school

  Aku ingin menubuhkan satu kelab khas utk pemilik Myvi je. Kelab ni nk dilakukan secara sederhana sahaja dan lain skit. Aku pn bkn pandai sgt ttg hal keta ni. Ini hanya utk kumpul dan maybe dapat la buat sedikit aktiviti yg difikirkan baik dan best. Caranya senang, yuran free dan siapa berminat hanya perlu post kn photo anda bersama myvi cun korang. Gaya tu masing2 la. Nk lentok pn takpe. Janji cun habis.

Kat sebelah dan bawah ni Myvi aku lah yg masih dlm keadaan teruna. Juz make up sikit2 je nk bg cun.hehehe. Modal pn tak bnyk. Buat time ada lebih sikit je.



 
Ini corak dah lain sikit. Gaya apa aku ikut tah. Janji puas tgk hasil sendiri. Aku mmg jenis tak suka ikut ckp org. Saje nk ada identiti sendiri dan lain dr org. Br GEMPAK tu. Tapi bkn modified enjin la. Hutang bank tu nk beli sebijik ni.



Harap sesiapa terbaca blog ni boleh la hantar email dan juga gambar2 Myvi anda kepada aku tanda sokongan. Aku akan masukkn ke dalam ruangan blog ini utk gens yang lain tgk. Jika banyak sokongan maka bolehlah dilanjutkan usia kelab yg diberi nama Myvi-Go to school.

Email - matrikgold@yahoo.com/
            matrikgold@gmail.com

Apa itu CINTA?

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'Selamat Pagi', 'Selamat Hari Minggu', 'Selamat Tidur', 'Take Care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

5] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

6] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

7] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

8] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

9] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

10] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

11] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

12] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

13] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

14] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh di mata, jauh di hati?'

15] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

16] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

17] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

18] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

19.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

21] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut ... kamu akan menyesal melakukannya.