SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Salam Lebaran



Ramadhan kian berlalu, terlalu singkat rasa ia berlalu tanpa disedari. Ye lah kita yang sentiasa sibuk melakukan kerja harian memang tidak akan terasa. Kalau tidak berbuat apa-apa, asyik nak menunggu waktu berbuka je memanglah terasa begitu lama. Tapi itu realitinya. 

Cukupkah ibadah kita dalam sebulan ni? Tercapai ke apa yang kita buat dengan berpuasa, tarawih, sedekah dan zakat tu?

Janganlah benda-benda tu hanya terjadi di bulan Ramadhan ini je. Macam mana dengan bulan yang lain. Aku kadang-kadang tu terfikir lihat setengah orang. Jika bulan lain memang tak ingat punya kejahatan yang dilakukan. Menipu tu jangan crita la. Seolah Ramadhan jadi 'TOL...bila dekat je kena slow, lepas je tol kita pecut tak ingat punya'. Berulang-ulang buat dosa, tunggu satu bulan buat baik skit. Mana erti keinsafan tu, sekejab je. Apa la nk dikata, aku sedar mmg bulan Ramadhan ni bulan keberkatan dan baik untuk insaf. Tapi jgn la lepas tu buat balik. Ada hutang, bayar hutang, bila habis buat hutang lg.

Sorry la apa yang aku kata ni. Saje je nak isi masa buat blog. Aku juga ingin minta seribu kemaafan kepada semua umat islam, kawan-kawan, sahabat handai, keluarga dan juga saudara. Aku pn bukan la bagus sgt, cuma kena buat bgs je. Mmg stail aku mcm tu buat apa yg patut. Semoga Syawal ini, kita bergembira bersama keluarga dan kita ingat pada mereka yang meninggalkan kita. Kalau ada sapa-sapa yang tahu rumah dan tak tau tu jemput lah datang. Pintu akan dibuka jika diketuk. hahahahahaha. Walau apa pn kalu nk dtg tu call/sms la dulu.

Nanti menyesal lak.

  

KAMI BERDUA MOHON KEMAAFAN APA YANG SILAP DAN SALAH SEMASA PERGAULAN KITA. LIMPAHILAH KAMI DENGAN DOA DAN RAHMAT KE ARAH JALAN YANG BENAR.

Hari Menyambut Kemerdekaan

Negara kita sekali lagi akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang k-53 kali. Sejarah lalu membuat rakyat sedar betapa susah dan payah rakyat dahulu. Kini kita boleh berdiri megah dengan apa yang kita perolehi.

Seperti saranan Perdana Menteri sekarang, kita perlu wujudkan Satu Malaysia iaitu hidup bersama-sama di dalam negara tanpa permusuhan dan saling tahu adap-adap masing-masing.

Alangkah bagusnya kalau itu tercapai dan tidak pula ada yang mempertikaikan hak kaum tertentu. Bangsa dan agama perlu lah seiring dengan arus sekarang. Jika kemajuan tidak dipeduli tentu bencana akan menyusul. Kita akan diperkotak katikkan. Kekuatan kita perlu ada agar negara luar tidak melihat kita hanya sekecil kaum yang tidak bertamadun. Bagi yang memperjuangkan agama pula, teruskan usaha membawa rakyat kepada jalan-jalan yang baik untuk sama alami. Jangan disebabkan sesuatu, agama dan bangsa kita terdedah pada bahaya yang menjelma.



Kita didiklah anak bangsa erti kemerdekaan sebenar. Biar mereka tahu merdeka bukan bererti bebas buat apa saja tanpa batas dan aturan. Penerapan di sekolah adalah satu langkah baik untuk mereka mula mengenali merdeka untuk negara. Hargai negara untuk generasi kita akan datang.

 


Merdeka, merdeka, merdeka !!!!
*************************

Plan BBQ akhirnya jadi jugak.

Di sebelah ni lah, tapak yg kami usha2 utk buat BBQ. Terletak di kawasan R & R di Bagan Ajam. Kami memilih di sini disebabkan terdapat kemudahan yang boleh digunakan. Terutama sumber air, tandas, surau dan lain2.



Aku dan Suhairi ni pn mula rancang strategi. Selain BBQ apa aktiviti yg bleh dibuat. Ye la ingat sampai lewat malam skit. Kalu BBQ je boring lak. Sape nk bakar dan sape nak makan. Pantai kat sini pn tak la luas sgt cuma agak panjang skit. Sesuai jugak la.Kalu mlm mmg bnyk la couple cari belangkas.

 
Akhir kami setuju nk wat kat sini. Kami pun bgtau la kawan2 yg lain. Mereka tak kisah memandangkn mereka semua mmg duk seberang ni dah. Aku je yg duk pulau sana nun. Tapi aku leh ON sb tak mau la duk umah je berangan. Sekali sekala nk gak idup udara segar dan nyaman. 

 

Harap lepas ni, bleh buat lg. Tak ssh sgt pn hanya perlu sepakat dan kerjasama tu penting utk memudahkn kerja. Ada cadangan nk konvoi pi Genting lak atau Cameron. Tapi tgk pd perancangan la. Kalu ramai ON ok gak tu.Bnyk yg dah family, agak berat sikit la capai keputusan. bukannya tak nk tapi ke tgk semua kesempatan yg ada. Masing2 duk keja.

Jalan-jalan sambil kelah



Pada hujung minggu, aku plan dgn isteri hendak berkelah. Kami telah mengajak bekas murid aku untuk join sama. Mereka pun ok nk ikut. Kami pun bertolak pagi ke sana. Lama rasanya aku tak mandi air sejuk ni. Segar rasanya badan. Kalau dulu tak bleh berendam lama tapi kini tak naik-naik lak aku. Kecut mmg kecut la, tapi badan dh lemak.

Diaorg ni la bekas murid aku masih mula posting dulu. Adik dan kakak ni aku kenal org tua mereka. Mane bleh main sebat bwk ank dara org kuar. Bawah umur tu, kena sebat nnt aku mati la. Aku berani bwk sb ada isteri sama. Dia kata OK aku pn ajak la.