SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Kluar parti ke ni?


SEJAK proses penamaan calon pilihanraya umum selesai minggu sudah, hampir setiap hari ada sahaja berita di media arus perdana (terutama TV3) mengenai tindakan ahli parti komponen Pakatan Rakyat lain, terutama dari PKR, keluar parti secara beramai-ramai.
Dengan yang terbesar semalam, di kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri di Permatang Pauh, iaitu seramai 1,200 orang, majoritinya terdiri dari orang India.
Benarkah semua dakwaan ini?



Apo kono ni, den pun tak tahu la jang ooiii...

Harapan Rakyat

Bukan main gelabah UMNO, parti terbesar di dalam komponen BN menerima keputusan PRU12. Mereka hairan mengapa akhbar dan media eletronik yang selama ini merupakan "sebahagian dari parti komponen BN" gagal memberi kelebihan kepada BN di dalam PRU12.

Disebabkan itu, pelbagai desakan bermula menyerang kepimpinan Pengerusi Bn ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ia bermula di Johor dan kemudian diikuti pelbagai pihak hinggalah Abdullah melepaskan jawatan PM tersebut kepada Najib.

Dalam keadaan sebegini, dengan mood rakyat yang tidak berpihak kepada BN kepimpinan BN sudah dapat merasakan mereka bukan sahaja memerlukan akhbar dan media elektronik, malahan buat pertama kalinya blogger dan media baru seperti mendapat pengiktirafan yang amat istimewa