SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Keistimewaan 8 tahun jadi Guru.

Pada mesyuarat Guru Data & GPK yang lepas di PPD, formula 8863 telah disebut & diperkenalkan. 
Formula 8863 ialah Sistem kenaikan pangkat yang bakal dilaksanakan tak lama lagi. 
Menurut sumber tersebut, sistem 8863 akan mula berkuatkuasa pada tahun 2012.
Pengenalan: Guru baru yang berkhidmat di sekolah akan ditawarkan gred jawatan DC41. Apabila telah lulus kursus induksi, guru tersebut akan ditawarkan jawatan DG41 dengan tangga gaji DG41 yang telah ditetapkan mengikut kategori ijazah. 
Dalam tempoh 3 tahun, guru tersebut akan mendapat pengesahan jawatan DG41.
Formula 8863 ialah mewakili bilangan tahun perkhidmatan guru di sekolah. S
etelah 8 tahun seseorang guru memegang jawatan DG41, guru tersebut akan ditawarkan jawatan DG44 dengan struktur gaji bagi DG44.
Setelah 8 tahun seseorang guru memegang jawatan DG44, beliau layak untuk memohon gred jawatan DG48 dengan tangga gaji DG48.
Setelah 6 tahun ditangga gaji DG48, seseorang guru layak untuk dipertimbangkan ke jawatan DG52. Setelah 3 tahun memegang jawatan DG52, seseorang guru layak untuk dipertimbangkan ke jawatan DG54. Tempoh pergerakan jawatan tersebut ialah selama 25 tahun.
Berikut adalah ringkasan struktur 8863
DG41 ke DG44 = 8 Tahun
DG44 ke DG48 = 8 Tahun
DG 48 ke DG52 = 6 Tahun
DG 52 ke DG54 = 3 Tahun
Harus diingat, jawatan tersebut adalah berdasarkan kuota & keperluan jawatan semasa & tidak termasuk pergerakan jawatan bagi guru cemerlang.
Formula 8863 ialah formula pergerakan jawatan bagi guru dalam perkhidmatan. Impian anda boleh jadi nyata jika rumours ini dilaksanakan.
Adakah anda fikir langkah ini adalah baik & mampu ditunaikan oleh KPM? Nak komen atau tunggu dan lihat…

Chelsea kembali memuncak


 Goal by Kalou.. assist Torres.. Torres nampaknya lebih sesuai brmain sebagai winger.. Tahniah kpd Chelsea.. Wakil tunggal EPL..