SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Ucapan buat :


Mak abah di kampung, adik beradik yg berada diperantau, sanak saudara yg jauh di mata, tidak lupa kawan-kawan sekolah mahupun kerja semoga sihat sejahtera. Di ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yg bakal menjelma. Kemaafan dipinta dan dipohon jika terlanjur bahasa dan terkasar sifat. Harap diampun.

Ahhhhh....couple best tau.

Masa bercinta wah best nyerrrr. Sanggup menempuh ranjau onak duka bersama.
Hutan tebal sanggup ku redah. 
Andai kau dapat melihat hatiku Andai saja kau dapat membaca fikiranku
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,
Menghiasi hari-hariku
Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku 

Dulu       Cintailah aku dengan kesungguhanmu

Aku rasa dialah terbaik untuk ku. Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu aku terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Aku frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”


KINI

Aku ditinggalkan keseorangan, baru la aku sedar dunia hanya sementara. Tiada yang kekal selain amalan kita di dunia. Kegembiraan tidak dapat aku kecapi sepenuhnya. Hanya seronok gembira sementara. Benarlah cinta pada Pencipta boleh bahagiakan diri kita. 

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat.
Aku bertaubat.

Syukur la dpt bonus.


KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

Boleh diharapkan bonus 2011

Konggres kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus 2bulan kepada Penjawat Awam untuk tahun ini.
Presiden Cuepacs berharap Kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan untuk kakitangan awam sebelum menjelangnya Aidilfitri ini dan sebulan lagi selepas hari
raya.CUEPACS telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.
Ujar preseden Cuepacs lagi,Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,”