SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Modenas Elegan 200 terbaru


Selepas enam tahun kemunculan motosikal skuter ‘cruiser’ yang pertama Elegan berkapasiti 150cc pada tahun 2004, Syarikat Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), hari ini memperkenalkan satu lagi variasi model  Elegan iaitu MODENAS Elegan 200

Dengan rekabentuk yang elegan dan bergaya, ianya sesuai untuk golongan eksekutif yang inginkan gaya yang sportif tetapi kemas untuk ditunggang ke pejabat mengatasi kesesakan jalanraya mahupun untuk bersantai bersama rakan atau pasangan masing-masing

Model yang tampil untuk menyerlahkan kesempurnaan pemiliknya ini dilengkapi enjin empat lejang berkuasa 175cc dengan sistem penyejukan cecair serta silinder bersadur seramik Ni-Si untuk prestasi yang lebih tinggi. 

Terdapat juga injap pengawalan kemasukan udara (Air Intake Cut Valve – AICU) bagi mengawal pengeluaran asap.  Selain dari itu model ini juga memiliki lampu utama dwi fungsi untuk nyalaan tinggi atau rendah, meter digital enam dalam satu untuk memberi petunjuk tahap minyak, RPM, penunjuk tahap kepanasan, jarak perjalanan, jam serta hadlaju.

Ia didatangkan dengan 3 warna pilihan iaitu warna putih ,merah dan hitam.Harga jualan untuk sebuah motosikal ini termasuk insuran dan cukai jalan adalah RM 8,500.00 (dual starter)



Aku telah ditawarkan ....


TAHNIAH !

ANDA BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU BAGI AMBILAN 2011.

MAKLUMAT TAWARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

NOKP                          : 820116086461
NAMA                         : ZULFADLI BIN HAMZAH
SURAT TAWARAN AKAN DIKELUARKAN OLEH INSTITUSI YANG MENAWARKAN PENGAJIAN DALAM MASA TERDEKAT




Ini peluang yang aku tunggu selama ni. Adakah aku cukup bersedia untuk tempuh rintangan semasa belajar sambil bekerja. Bila di fikirkan balik memang patut aku ambil peluang ni sebab beberapa faktor yang mengizinkan. Muda bukan la muda sangat. Usia kian meningkat dan kita perlu fikirkan masa depan untuk keluarga. 


Harapan tu dapat lah yang boleh memberi keselesaan dalam hidup aku. Lambat lagi aku nak pencen ni tapi hampir 10 tahun aku dah berkhidmat sebagai seorang guru ni. Memang sedar tak sedar aku perlu berkhidmat lagi selama 30 tahun. Nampak memang letih dengan tugas diberikan. Halangan ni lah aku kena tempuhi, mana ada kerja yang senang sekelip mata. Jadi jutawan pun ada halangan dia sendiri. Kita je tak tau sebab tak pernah jadi jutawan. Orang kata jadi kaya senang semua dapat. Tapi tak tau mcm mane nak mula semua tu.


Semoga aku kuat dan tabah dengan dugaan yang bakal menggangu emosi. Biasa la aku ni cepat panas tapi cool down jika ada 'air con'. Doakan aku berjaya.

Chat facebook terus ke katil.

 Angkara laman sosial facebook, seorang suami terpaksa berdepan kecurangan isterinya yang menjalin hubungan cinta dengan bekas teman lelakinya sejak lima bulan lalu.

Malah, lelaki berkenaan mendakwa hubungan isterinya bersama ‘kekasih gelap’ berkenaan bukan saja setakat melalui laman sosial terbabit, tetapi dibawa hingga ke bilik hotel.


Menurutnya, isterinya bukan saja mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya serta dua anak berusia 10 dan 13 tahun, tetapi sudah pandai bergaya.

Suami berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 48, berkata, meskipun bekerja sebagai kerani, isterinya berubah menjadi lebih pandai bergaya sekali gus menimbulkan kesangsian kepadanya.


Bukan itu saja katanya, isterinya berusia 30-an sanggup menghabiskan masa beberapa jam melayari laman sosial sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.


“Semuanya terbongkar selepas saya berjaya melayari facebook isteri dan terkejut mendapati pelbagai ayat cinta dalam laman sosialnya itu.


“Kemuncak hubungan mereka ialah apabila rakan saya ternampak kelibat isteri bersama seorang lelaki memasuki sebuah hotel.


“Pada mulanya saya tak percaya, tetapi apabila ditunjukkan bukti, saya tergamam,” katanya yang tampil mendedahkan perkara itu selepas Harian Metro baru-baru ini mendedahkan kisah isteri lari mengikut teman lelaki angkara facebook dalam laporan Jejak Songsang facebook.

Osman kemudian bertanya kepada isterinya mengenai kejadian itu dan isterinya mengaku mengenai perbuatannya.


“Saya terkejut dan tidak mampu berkata-kata apabila isteri mengaku dia bersama bekas kekasihnya berusia 40-an menginap di sebuah hotel di negeri ini.


“Saya kesal dan sedih kerana isteri sanggup curang terhadap saya selepas sekian lama kami berkahwin,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Menurutnya, mereka sudah berumahtangga sejak 15 tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata.


Sebelum ini katanya, rumah tangga mereka tiada masalah sehinggalah ‘penangan’ facebook yang mengubah isterinya termasuk penampilan dan sikap....- Rudy Syareme Sheriffudin

P/s: Sudah ada banyak kes yang menyalahkan FB sebagai punca perceraian dan kecurangan.

Jumpa naga mengharungi arus sungai

Penduduk di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan kemunculan sepasang naga raksasa sebesar sepanjang 40 meter. 





Haiwan itu dilihat menyusur di permukaan air di Sungai Mahakam yang menghubungkan Riam Haloq, Kampung Long Tuyoq, Kecamatan Long Pahangai di sini.
Naga raksasa seperti ular itu didapati melintas di sungai ini diyakini masyarakat suku Dayak sebagai naga. 
Berdasarkan maklumat yang diperoleh akhbar Tribun, peristiwa kemunculan naga tersebut berlaku pada 29 Januari lepas.
Pada hari kejadian, sejumlah penumpang dan pemandu sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke sini melihat sepasang naga mirip ular raksasa itu melintas di permukaan Sungai Mahakam dari arah berlawanan.
Bimbang mereka akan menjadi korban haiwan raksaksa itu, pemandu bot berkenaan mengemudi botnya ke tepi sungai untuk memberi laluan.
"Kedua-dua ekor naga itu bergerak terus dan tidak merasa terganggu dengan kehadiran bot itu," kata seorang penduduk tempatan, Dodik, yang mendengar tentang peristiwa itu daripada keluarganya di Mahakam Ulu.
Pemandu dan beberapa penumpang bot itu kemudian merakamkan gambar raksaksa tersebut dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.
Gambar-gambar naga raksasa itu kemudian tersebar dan menggemparkan masyarakat tempatan.
Menurut seorang penduduk di sini, terdapat dua naga yang dilihat. Salah satu haiwan itu dipercayai jantan kerana terdapat dua tanduk di kepala manakala naga betina pula tidak bertanduk. 
Kedua-dua haiwan itu memiliki empat kaki, kulit berwarna hitam dengan panjang sekitar 40 meter.

Kemalangan Bas Sekolah

SUNGAI PETANI: Seorang murid tahun satu terbunuh selepas tercampak keluar daripada van sekolah dinaikinya apabila satu daripada pintu kenderaan berkenaan terbuka ketika melalui satu selekoh.
Siasatan awal polis mendapati van terbabit beroperasi secara haram manakala pemandunya, remaja berusia 16 tahun, tidak memiliki lesen memandu. 
Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi semalam di selekoh berhampiran lampu isyarat Kampung Raja, di sini, ketika mangsa, M Arvin, 7, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Songkian, Jalan Kuala Ketil, dekat sini, ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Mahajohti di Taman Sutera, tidak jauh dari rumahnya.



Jurucakap Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berkata, ketika kejadian, dua murid duduk di bahagian hadapan bersama pemandu manakala mangsa bersama dua murid lain di bangku belakang.

Sebelum kejadian, mangsa bersama dua rakannya yang duduk di bahagian belakang dipercayai bermain dan seorang daripada mereka mungkin terbuka kunci pintu van.

Sebaik tiba di selekoh berhampiran lampu isyarat Kampung Raja, pintu van terbabit terbuka dan mangsa yang berada di tepi pintu tercampak ke jalan raya,” katanya.

Menurutnya, mangsa parah di kepala serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.

Jurucakap itu berkata, pemeriksaan awal polis terhadap van terbabit mendapati kenderaan itu beroperasi secara haram dan tidak mempunyai permit membawa murid sekolah.



“Malah, pemandunya remaja berusia 16 tahun yang tidak memiliki lesen memandu,” katanya.

Menurutnya, polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan saman terhadap pemandu terbabit serta pemiliknya dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, nenek mangsa, G Letchumi, 58, berkata kematian cucunya itu mengulangi episod duka keluarga mereka kerana pada April tahun lalu, abang mangsa maut selepas terkena mercun.

“Tahun lalu, abangnya meninggal dunia kerana terkena mercun. Belumpun hilang kesedihan kami, pagi tadi (semalam), adiknya pula meninggalkan kami,” katanya.

Letchumi berkata, Arvin keluar dari rumah kira-kira jam 6.30 pagi untuk ke sekolah dan dia tidak menyangka panggilan diterimanya sejam kemudian memaklumkan cucunya itu meninggal dunia selepas terbabit kemalangan.

Blajar Magic


Cara bagaimana anda boleh menambah pendapatan dengan teknik-teknik silap mata

===========================


Setelah anda mempunyai kemahiran bermain teknik-teknik silap mata ini, anda boleh mengadakan persembahan-persembahan di :-



1. Majlis Sambutan Hari Jadi.    2. Pertunjukan Pentas. 


3. Sekolah-sekolah.       4. Hari Keluarga       5. Fun Fair

6. Hiburan Keluarga


Tentu anda terpesona dan terpegun bila melihat ahli silap mata boleh mengapungkan diri dan menukar kertas yang dibakar menjadi duit di dalam TV atau di atas pentas. Bagaimana mereka melakukannya? Ini semua Bukanlah sihir atau menggunakan jin. Semuanya terjawab di dalam E-Book ini jika anda membelinya.






Amat menarik bukan. Dapatkannya segera dan ianya sudah terbukti serta boleh mendatangkan pendapatan sampingan kepada anda !!!!!!!!!!!!!!!!!! 


Dengan RM10.00 sahaja


Anda juga boleh menjadi seperti mereka !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dengan memiliki E-Book ini anda dapat mempelajari teknik-teknik bermain silap mata dengan mudah. Terdapat lebih 100 teknik yang anda boleh pelajari didalamnya. Tentang kos untuk mempelajarinya, anda tidak perlu risau kerana kesemua alat bantuan bermain silap mata boleh anda buat sendiri dan adakannya di rumah. 


Lakukan tempahan e-book dan lihat cara bayaran di bawah atau muka hadapan.

Gaji awam tidak naik kata Cuepacs.

CUEPACS mendakwa beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hingga RM400 sebulan selepas lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras empat, tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan Biro Tatanegara (BTN) menghentikan kursusnya yang menjadi syarat wajib untuk menikmati anjakan itu.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan. Sehubungan itu, katanya, CUEPACS mencadangkan supaya kumpulan yang sudah lulus PTK tahun lalu dikecualikan daripada kursus BTN untuk anjakan gaji mereka.

“Sehingga kini CUEPACS menerima lebih 15 aduan daripada penjawat awam termasuk dari Sabah yang masih menunggu untuk mengikuti kursus BTN semata-mata mengharapkan menerima anjakan gaji.

“Kebiasaannya sebaik saja mengikuti kursus BTN, penjawat awam akan ditawarkan anjakan gaji secara automatik,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam

Simbah air mendidih ke suami

borak kosong: Isteri simbah air mendidih kemuka suami kerana Fac...: "Lagi-lagi kerana Facebook...saya petik dari myMetro DAMMAM: Seorang isteri dilaporkan menyimbah air mendidih ke muka suaminya kerana tidak m..."

Terpaksa di bedah kerana main sms

borak kosong: Terpaksa di bedah kerana main sms: "Annie Levitz 16 tahun seorang pelajar di sebuah sekolah Lincolnshire Ilinois A.S bakal menjalani pembedahan di kedua-dua belah pergelangan t..."

Insentif RM7,500 kepada Guru Besar

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM7,500 setiap seorang kepada 924 guru besar cemerlang yang telah berjaya melonjakkan prestasi sekolah.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerusi tawaran baru (bai'ah) itu, pihak kementerian mendapati jumlah guru besar yang berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan adalah di luar jangkaan.

'Sebagai tanda penghargaan, guru-guru yang bersama-sama berusaha melonjakkan prestasi sekolah juga akan turut menerima ganjaran seperti yang telah dijanjikan.
''Setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru yang paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang, kita akan beri imbuhan ini pada pertengahan tahun mungkin selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perutusan Khas 2011 Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Imej Kuda di Mesir



Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.


Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.

Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.

Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.

Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.

Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.

R3 Satria Neo


Gambar rasmi atau brochure Proton R3 Satria Neo masih belum tersebar, hanya gambar konsep Proton R3 Satria Neo yang dipamerkan di Jepun sahaja yang tersebar.

Isteri khalwat dicekup

Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.

Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.

Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagaiRazif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun.

Menurutnya, kereta lelaki terbabit yang diletak di luar rumah turut ditutup nombor pendaftarannya supaya ia tidak dicam jiran sekeliling, sekali gus melindungi perbuatan maksiat mereka.

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat isteri berasmara dengan lelaki itu. Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit turut berlagak samseng apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya di hadapan anak perempuan saya,” katanya.

Menurutnya, selepas dicekup isteri dan kekasihnya itu yang juga seorang kakitangan sebuah universiti terkemuka di ibu negara dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut termasuk merekodkan laporan mengenai tindakan khalwat mereka.

“Sebaik sampai di balai (polis) tanpa rasa malu atau kesal, lelaki itu bertindak berani apabila meluru masuk untuk membuat laporan kononnya dia tidak bersalah dan rumahnya diceroboh.

“Lebih teruk, dia juga sengaja memeluk serta bermesra dengan isteri di depan kami semua bertujuan untuk menaikkan kemarahan saya,” katanya.

Razif berkata, isterinya dipercayai sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak empat bulan lalu dan dia sebelum ini sudah mengesyaki perkara itu, namun tiada bukti sehingga kedua-duanya tertangkap. “Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan lima anak. Sekarang keluarga serta anak-anak kucar-kacir disebabkan perbuatan isteri saya yang melampau ini,” katanya.

Safee tinggalkan Malaysia

SAFEE Sali tetap Safee Sali dan tiada pemain boleh menggantikannya."

Itu hakikat yang terpaksa ditelan jurulatih K Devan tetapi dia merestui pemergian Safee dan amat menyokong langkah diambil penyerang berbisa Selangor dan Malaysia itu untuk memenuhi impian dan mengembangkan bakatnya dalam Liga Super Indonesia (ISL).

“Walaupun pemergiannya itu satu kehilangan, pada masa sama ia membuktikan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan saya selaku jurulatih dan pengurus tiada halangan untuk pemain meningkatkan karier mereka kerana pengalaman yang bakal diraih Safee tentunya berharga untuk skuad kebangsaan,” katanya.
Safee kelmarin mengesahkan bakal meninggalkan Selangor untuk memenuhi impiannya beraksi dengan sebuah kelab dalam Liga Super Indonesia (ISL) selepas segala isu berhubung penghijrahannya dimuktamadkan manakala pengumuman rasmi dan butiran lanjut mengenainya dijadual diumumkan FAS, esok.

Sehubungan itu, Devan berkata, penghijrahan Safee itu bukan satu kejutan kerana pengurusan FAS sendiri turut berusaha membantu penyerang itu merealisasikan hasratnya walaupun masih terikat kontrak dengan Selangor hingga akhir musim ini.

Ketiadaan Safee memaksa Devan mencuba beberapa gandingan baru di bahagian serangan tetapi itu bukan masalah besar buatnya kerana Merah Kuning mempunyai ramai pengganti berbakat seperti Amri Yahyah, Amirulhadi Zainal dan S Sritharan yang boleh digandingkan dengan Fadzli Saari.

“Selangor masih mempunyai ramai pemain untuk meneruskan perjuangan musim ini,” katanya menjelang aksi terakhir Safee apabila Selangor berdepan Kuala Lumpur di Stadium KLFA Cheras, Sabtu ini.

Kelibat penjaring terbanyak  Piala AFF, Mohd Safee Sali akan berhijrah ke Kelab Pelita Jaya dalam Liga Profesional Indonesia. Ia dikatakan sebagai satu berita buruk menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Malaysia di stadium Shah Alam.



Torres joins Chelsea



Chelsea Football Club is delighted to announce the signing of Fernando Torres on a five-and-a-half year contract.
The move to bring the Spanish World Cup and European Championship winner to London from Liverpool for an undisclosed fee was completed on Monday evening. He will be available to play against Liverpool on Sunday.
Speaking at Stamford Bridge after finalising the move, Torres said: 'I am very happy with my transfer to Chelsea and I am looking forward very much to helping my new team-mates this season and for many years to come.
'Having played against Chelsea many times since coming to England, and in some very big games I will never forget, I know there are many great players here and I will work hard to win a place in the team. I hope I can score some important goals for the supporters to enjoy this season.'
Chelsea chairman Bruce Buck said: 'This is a very significant day for Chelsea, capturing one of the best players in the world with his peak years ahead of him. We have long admired the talents of a player who is a proven goalscorer in English football and Fernando's arrival is a sign of our continuing high ambitions. I hope every Chelsea fan is as excited as I am with this news.'
Chief executive Ron Gourlay added: 'Signing a player of the stature of Fernando Torres benefits the club on many levels. Carlo Ancelotti was keen to add his talents to the squad as we continue our quest for three trophies this season, we are delighted we have succeeded with that wish, and this signing will undoubtedly aid the club in realising our worldwide potential - on and off the pitch.'
Torres's scoring pedigree in English football is without doubt. The 26-year-old netted 65 goals in 102 league appearances for Liverpool and 81 in 142 games in all competitions.
He moved to the Premier League aged 23 having spent the previous 12 years at Atletico Madrid, a club based a few miles from the town of his birth on the outskirts of the capital city.
In his time at Atletico, 'El Nino' (The Kid - his nickname in Spain) was the club's youngest player and youngest captain. His debut came aged 17 and he took the armband two years later.
His first full season was a quiet start with just six goals from 36 league appearances but that became 13 from 29 games the next year and the 20-goal mark was reached in 2003/04, Torres's most prolific season in Spain and the year of his debut for the national side.
The player's subsequent emergence on the international stage and 75 goals in 174 Spanish top-flight games meant many clubs across Europe were after his signature but he chose to work under compatriot Rafael Benitez at Liverpool.


The transfer in July 2007 was valued at approximately £20 million, Luis Garcia going the other way, and Torres's first goal for the Merseysiders was against Chelsea at Anfield, opening the scoring in a 1-1 draw after getting the better of Tal Ben-Haim. It was the first of seven goals in seven games against Chelsea. It is his best return against any English club

Kekuatan Liverpool akan hilang satu persatu, setelah Fernando Torres kini selaku kapten Steven Gerrard juga akan meninggalkan Anfield.
Perubahan warna jersi Torres dari merah ke blue Chealse adalah rekod termahal di England. Steven Gerrard kini terancam untuk mengikutinya.

Kita ikuti lagi selanjutnya di latest news

Persiapan memasuki Rosea


Rumah contoh yang mampu dibeli buat sementara waktu ni. Harga boleh tahan jugak la namun ni je peluang yang ada mampu dibeli dan strategik bagi aku. Segala perancangan telah diaturkan untuk memiliki rumahi ini. Bukan sekadar sesuka hati je. Maklum la bukan orang kaya nak beli tanpa perasaan.


Keadaan rumah ni dah hampir siap. Memandangkan jalan sudah ada tapi belum diturap sepenuhnya lagi. Keadaan dalaman pun ok tapi perlu dipercantikkan lagi oleh pembeli sebab terdapat beberapa perkara yang kurang memuaskan.