SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Malangku dtg seminggu.

Bulan lepas aku ditimpa kecelakaan yg kurang serius. Kejadian berlaku ketika aku mahu pergi ke rumah sewa lama ku bertujuan untuk mengambil surat/bil aku. Secara tidak menduga aku telah mengikut jalan belakang yang hari tu peniuh dengan kereta yang diparking kedua-dua side. So..laluan aku jd sempit sehingga aku terpaksa mencuri laluan di sebelah kanan sikit. Ye la dah banyak kereta lain parking kiri dan kanan jalan. Ntah mcm mana plak ada budak cina yg terus ambik corner tanpa slow. dengan laju nya dia menerjah ke bumper kereta aku sebelah kanan. Ia disebabkan aku masuk sikit jalan sebelah kanan tu. Tapi budak tu lg bengong sb simpang tiga terus masuk corner dengan laju tak tgk langsung. Waktu tu aku mmg dah slow sb aku dikira menaiki bukit jugak la. Laluan situ mmg berbukit. Dikelilingi dgn flat yg pacak menaik setinggi 35 tingkat. Keadaan kereta aku mcm disebelah tu la. Bumper pecah dgn spot light berkecai. Tangki viper aku bocor tp ssh nak kenalpasti kebocorannya. Kalu pi kedai mmg sure dia suruh tukar semua. Tak main la tampal2.


Yang rongak kat sebelah ni bkn apa cuma gambar kereta aku tgh dibuka utk digantikan bumper baru. Aku tukar bumper lain pakai ala Passo. Aku set kn kereta ni Passo SE versi tiruan.