SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Myvi Ekstream br Perodua

 Wah...kuar yg baru pulak lg, byk juga yg diubahsuai luar mahupun dalam. Enjin dah bagus dr dulu skit. Kalu dulu laris sekarang macam mana ye. Maklum la hebohkan sekarang minyak naik harga. Beli kereta baru teruk la nak sara hidup.

 Aku cuma duk fikir la nape kereta yg baru masih guna lagi nama Myvi tu. apsal tak wat jenama yg baru supaya nampak lebih bnyk produk Perodua ni. Aku cuma cadangkan kan je, nak letak nama tu bkn company aku. Buat apa aku sibuk. maybe ada strategi atau matlamat tertentu pihak Perodua ni. Biar la apa pn sb aku sendiri pakai Myvi tapi keluaran pertama dulu. 



Aku kalu ada duit nak jga tukar kereta baru mcm ni, tp guna la dulu yg lama tu. Elok lg pe cuma ade problem tertentu je. Aku pn bwk speed 150-180 masih ok je. Kira bleh saman la tu. Kekadang je la nak cepat kalu jauh berjalan. Dari Penang ke Johor mcm tu. 

Final Piala FA sokong mane satu ni?

Kelantan berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir setelah menumbangkan gergasi Merah Kuning (Selangor) dengan aggregat 6-1 
manakala Terengganu pula berjaya mengalahkan pasukan Pahang dengan aggregat 5-2. 
Kelantan VS Terengganu

Pasukan manakah akan menjulang Piala FA?? 
Nantikan keputusannya...



11.6.11 adalah tarikh keramat sebenarnya.. Betul2 tengah tahun, dikapit dengan angka 11. 
X tau lah angka ni beri tuah ke x.. 2 x penting.. yg penting, sejarah mesti dilakar..
 Juara mesti dibawa pulang ke
 Kelantan atau Terengganu, 
kita saksikan nnt.


sebenarnya aku ssh nak pilih sokong ni sb bini aku ore kelate dan tganu plak tmpt aku blaja dulu
lantak la sape menang pun. aku sokong negeri kelahiran aku Perak...kejo yeop kejo

Gi Ganu pulok

Misi hari kedua aku kat Kelantan pulak, mak mertua ajak pi Terengganu menghantar menantu sedara kahwin.
Kalu ikutkan rumah dia kat Perak tapi nak pi jalan yang agak jauh. Mereka wat di Terengganu. Aku drive menghala ke Kuala Berang sb rumah kenduri di Ajil, Terengganu.

Punyalah jauh memakan masa berjam-jam la jugak. Keadaan jalan di sana tak sama sb banyak yg main corner-corner. Bila aku duk drive tu, aku perhatikan jalan dan teringat dulu aku pernah belajar di Terengganu ni. Banyak jalannya yg aku dah cukup kenal. Aku dulu belajar di Kg Raja, Besut iaitu Maktab Perguruan Sultan Mizan dan sekarang namanya Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan.

Aku masih ingat lg 2 buah sekolah yg aku pernah praktikal di situ, mmg masa aku drive lalu jalan sekolah yg aku ngajar dulu. Sekolah tu pn mmg tepi jalan je pn. So senang la nampak. Satu kat Setiu dan satu lagi kat Hulu Terengganu jalan ke Kuala Berang tu.

Bila sampai Kuala Berang dah dekat la dgn Ajil tmpt kami nak pi tu. Rumah agak ke dalam sikit sb kawasan rumah rancangan felda. Last kami tolak balik dalam kul 4.00 oetang dr kul 8.00 pg tadi.

Penat tu tak la sgt sb dlm keta je cuma bila dah duduk terlalu lama je. Pinggang bengkok mula urat2 dia menarik. Apa pun mmg jauh la perjalanan.

Jom kelik kelate...jom

Baru-baru ni aku balik la kg rumah mertua aku kat kelate.  Balik 5 hari sibuk dgn akviti berjalan je. Tak sempat nak wat keje yg aku dah plan. Tapi ms ni la peluang nk jalan2 sambil ziarah saudara.
Memula bwk family jenjalan dekat2 je untuk membeli barangan yg diperlukan untuk dibawa pulang.
Sb masih awal lg kami cadang tak mau la beli banyak. Sekadar tgk2 dan beli yg senang dibawa balik je.
Itu pun dah abis masa kat situ. 
Ye la masa dtg td dah la JEM dgn keta yg byk musim cuti ni. Melilau aku duk cari parking. 
Bukan ada shoping kompleks yg parking kat atas nun. 
Last2 jumpa kat belakang tepi corner gak, aku pun lipat la.
Gi berjalan tgk barang2 pastu tawar menawar. Tapi tak beli lg.hehehe
Aku pun mengeluarkan cadangan yg bernas utk isi kekosongan perut aku 
dengan mengajak singgah makan dulu.
Kami pun makan la dulu.


Kat bawah ni pulok sakan jugak la tempatnya
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Aku and family gi waktu malam. Memang ramai la org dtg cni abiskan duit yg sedia ada dlm bank.
Tempat ni dah berubah dah, tempat yg luas.
Aku tgk mcm pasar malam dah tapi luas giler dgn jualan barang2.
Org perempuan cukup suka la sb terlalu bnyk pakaian perempuan dijual disini.
Aku pn lain yg nak beli terbeli yang lain.
Koyak duit aku.
Korang dtg la sekali sekala sbg rakyat Malaysia.
Dtg negeri org pn best jgk.
Korang bleh tido lepak cni jgk. Sb aku tgk ada la geng bebudak SMK
dtg cni and tido cni dr Sarawak tu.
Jauh perjalanan diaorng masa cuti.


Photo ni hotel yg korang bleh menginap la yg terdekat dgn tmpt ni. Hotel lain byk lg. Itu terpulang atas korang la kan. Kat tepi pantai cna pn bnyk lg. Damai and tenteram skit. Kalu korang nak tahu la kan, wakaf che yeh ni sampai kul 4.00 pagi pun duk ON lagi. Jadi bising la kalu tido dekat cni. 

Kalu nak dtg tgk bola lawan kelantan nnt mari la cni dan tgk sendiri.