SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Salam Lebaran



Ramadhan kian berlalu, terlalu singkat rasa ia berlalu tanpa disedari. Ye lah kita yang sentiasa sibuk melakukan kerja harian memang tidak akan terasa. Kalau tidak berbuat apa-apa, asyik nak menunggu waktu berbuka je memanglah terasa begitu lama. Tapi itu realitinya. 

Cukupkah ibadah kita dalam sebulan ni? Tercapai ke apa yang kita buat dengan berpuasa, tarawih, sedekah dan zakat tu?

Janganlah benda-benda tu hanya terjadi di bulan Ramadhan ini je. Macam mana dengan bulan yang lain. Aku kadang-kadang tu terfikir lihat setengah orang. Jika bulan lain memang tak ingat punya kejahatan yang dilakukan. Menipu tu jangan crita la. Seolah Ramadhan jadi 'TOL...bila dekat je kena slow, lepas je tol kita pecut tak ingat punya'. Berulang-ulang buat dosa, tunggu satu bulan buat baik skit. Mana erti keinsafan tu, sekejab je. Apa la nk dikata, aku sedar mmg bulan Ramadhan ni bulan keberkatan dan baik untuk insaf. Tapi jgn la lepas tu buat balik. Ada hutang, bayar hutang, bila habis buat hutang lg.

Sorry la apa yang aku kata ni. Saje je nak isi masa buat blog. Aku juga ingin minta seribu kemaafan kepada semua umat islam, kawan-kawan, sahabat handai, keluarga dan juga saudara. Aku pn bukan la bagus sgt, cuma kena buat bgs je. Mmg stail aku mcm tu buat apa yg patut. Semoga Syawal ini, kita bergembira bersama keluarga dan kita ingat pada mereka yang meninggalkan kita. Kalau ada sapa-sapa yang tahu rumah dan tak tau tu jemput lah datang. Pintu akan dibuka jika diketuk. hahahahahaha. Walau apa pn kalu nk dtg tu call/sms la dulu.

Nanti menyesal lak.

  

KAMI BERDUA MOHON KEMAAFAN APA YANG SILAP DAN SALAH SEMASA PERGAULAN KITA. LIMPAHILAH KAMI DENGAN DOA DAN RAHMAT KE ARAH JALAN YANG BENAR.