SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Ahhhhh....couple best tau.

Masa bercinta wah best nyerrrr. Sanggup menempuh ranjau onak duka bersama.
Hutan tebal sanggup ku redah. 
Andai kau dapat melihat hatiku Andai saja kau dapat membaca fikiranku
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,
Menghiasi hari-hariku
Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku 

Dulu       Cintailah aku dengan kesungguhanmu

Aku rasa dialah terbaik untuk ku. Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu aku terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Aku frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”


KINI

Aku ditinggalkan keseorangan, baru la aku sedar dunia hanya sementara. Tiada yang kekal selain amalan kita di dunia. Kegembiraan tidak dapat aku kecapi sepenuhnya. Hanya seronok gembira sementara. Benarlah cinta pada Pencipta boleh bahagiakan diri kita. 

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat.
Aku bertaubat.

No comments: