SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Aku Suka Baca yg bermakna

Apabila dibaca perlulah diambil pengajaran yg nak disampaikan. Jadi lah yg terbaik dan kekal selamanya. Kejadian manusia dilahirkan berpasangan cuma cara je berbeza.
Jom baca.

Ada aku peduli isteri dan anak-anakku dah makan atau belum...
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku di dapur menyediakan keperluan pagi walau aku dah berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi di dalam bilik aku bersiram....
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku blk kerumah dgn wajah kusam dan masam....
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku outstation....
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah callnya bila aku bertugas di luar.....
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar usia..
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi ibu ankku
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku,
 dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber sms dan berchatting...
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...
Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?


Sedangkan lidah lg tergigit. Inikan pula suami isteri
Bersatu hati cr penyelesaian agar kekal berkekalan
Amin

4 comments:

E'in said...

bahayenye if dpt husband cmnie.. hm...

Matrikgold said...

kena saling faham memahami la mcm tu kan

Anonymous said...

Dalam hubungan kekeluargaan kena ada perasaan saling hormat menghormati, berbincang antara satu sama lain dab saling berkerjasama.

Matrikgold said...

bincang secara terbuka