SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Body mantap, lelaki tahan

Lelaki ni, kalau citer bab perempuan cun melecun, awek yang body lawa, uhh laju je ... bukak internet, nampak je awek bibir merah, dahi licin, mata bulat ... semua nak di'add' jadi kenalan ... itu kalau dalam laman sosiallah. Erkkkk .... seperti aku, seorang lelaki ... pinar mata ooo tengok gadis cantik molek. Tapi, pesan bini selalu ingat ... kerana itulah aku  jaga-jaga dan hati-hati ... dah tahu kesan dan akibat.

Ya, lumrah dah. Sapa2 pun dah tak heran. Kadangkala ada isteri yang dah tahu perangai si suami yang dok gatal style malu-malu kucing kurap ni, dah tak ambik port sangat .... erkkk namun hati dalam sapa tau maaa .... tak gitu cik akak dan cik adik?



Gadis cantik .... itu hiasan dunia. Tuhan berikan mereka kelebihan berwajah cantik, ada potongan badan yang menawan, ada lentik dan liuk yang menghairahkan ... itu semua bukan untuk tatapan sesapa sahaja. Itu adalah buat si suami yang pandai menjaga, yang tahu menjadi pemimpin. Ia merupakan hadiah buat lelaki yang kuat iman, lelaki yang jaga sholat ... lelaki yang tahu azab api neraka. Bukan untuk lelaki sebarang-sebarang.

Lelaki, nak tengok sekali pandang .... ok. Dua kali, fikir.... tiga kali insaflah dan istifar. Aku tahu, lelaki memang suka tengok dan belek awek cun, putih melepak .... Aku pun lelaki, bukan tak pernah buat perkara yang begini. Ada buat .. cuma bila dah teringat ni, naklah juga berkongsi rasa, supaya diingati dan mengingati. Ada saham yang dah tersedia. 

Buat diri kita semua. Jagalah aset yang kita ada. Gadis cantik, hargailah diri anda. Jangan mudah dan murah ....jual mahallah sikit ehh. Dan lelaki, amboiii .... pantang korang yer .... jangan buat alasan si gadis nak buat show free ... apa ingat mata korang tu nanti tak leh jadi saksi depan Tuhan?

Marilah sama ingat. Tegur dan nasihat diri, pada masa yang sama, jangan dibiarkan yang lain lalai dan leka.

No comments: