SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Padah Cinta Bomoh




Orang ramai lebih terdorong untuk merujuk bomoh bagi mendapatkan cinta walaupun menggunakan cara yang bertentangan Islam berbanding berdoa dan berserah kepada Tuhan.



Apabila mangsa tidak kuat untuk menghadapi gangguan terbabit, sihir itu lebih mudah terjadi apatah lagi jika kedua-dua pihak pernah mempunyai hubungan istimewa.



Kes sihir seperti ini terjadi sejak sekian lama di kalangan masyarakat kita yang terlalu taksub dengan dukun. Orang yang menggunakan khidmat bomoh ini kebanyakannya menggunakan ilmu hitam kerana putus asa disebabkan doa mereka tidak dimakbulkan.



Sepatutnya kita lihat balik ibadat wajib kita terutama solat, sempurna atau tidak. Kalau yang itupun tak cukup, jangan pertikaikan kenapa permintaan kita tidak ditunaikan, namun jangan pula memilih jalan tidak diredai iaitu sihir hanya solat mampu menjadi pendinding untuk mengelak terkena perbuatan sihir oleh pihak tertentu walaupun ia ilmu hitam yang paling kuat.

No comments: