SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Gaji awam tidak naik kata Cuepacs.

CUEPACS mendakwa beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hingga RM400 sebulan selepas lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras empat, tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan Biro Tatanegara (BTN) menghentikan kursusnya yang menjadi syarat wajib untuk menikmati anjakan itu.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan. Sehubungan itu, katanya, CUEPACS mencadangkan supaya kumpulan yang sudah lulus PTK tahun lalu dikecualikan daripada kursus BTN untuk anjakan gaji mereka.

“Sehingga kini CUEPACS menerima lebih 15 aduan daripada penjawat awam termasuk dari Sabah yang masih menunggu untuk mengikuti kursus BTN semata-mata mengharapkan menerima anjakan gaji.

“Kebiasaannya sebaik saja mengikuti kursus BTN, penjawat awam akan ditawarkan anjakan gaji secara automatik,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam

No comments: