SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Modenas Elegan 200 terbaru


Selepas enam tahun kemunculan motosikal skuter ‘cruiser’ yang pertama Elegan berkapasiti 150cc pada tahun 2004, Syarikat Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), hari ini memperkenalkan satu lagi variasi model  Elegan iaitu MODENAS Elegan 200

Dengan rekabentuk yang elegan dan bergaya, ianya sesuai untuk golongan eksekutif yang inginkan gaya yang sportif tetapi kemas untuk ditunggang ke pejabat mengatasi kesesakan jalanraya mahupun untuk bersantai bersama rakan atau pasangan masing-masing

Model yang tampil untuk menyerlahkan kesempurnaan pemiliknya ini dilengkapi enjin empat lejang berkuasa 175cc dengan sistem penyejukan cecair serta silinder bersadur seramik Ni-Si untuk prestasi yang lebih tinggi. 

Terdapat juga injap pengawalan kemasukan udara (Air Intake Cut Valve – AICU) bagi mengawal pengeluaran asap.  Selain dari itu model ini juga memiliki lampu utama dwi fungsi untuk nyalaan tinggi atau rendah, meter digital enam dalam satu untuk memberi petunjuk tahap minyak, RPM, penunjuk tahap kepanasan, jarak perjalanan, jam serta hadlaju.

Ia didatangkan dengan 3 warna pilihan iaitu warna putih ,merah dan hitam.Harga jualan untuk sebuah motosikal ini termasuk insuran dan cukai jalan adalah RM 8,500.00 (dual starter)



No comments: