SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Insentif RM7,500 kepada Guru Besar

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM7,500 setiap seorang kepada 924 guru besar cemerlang yang telah berjaya melonjakkan prestasi sekolah.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerusi tawaran baru (bai'ah) itu, pihak kementerian mendapati jumlah guru besar yang berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan adalah di luar jangkaan.

'Sebagai tanda penghargaan, guru-guru yang bersama-sama berusaha melonjakkan prestasi sekolah juga akan turut menerima ganjaran seperti yang telah dijanjikan.
''Setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru yang paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang, kita akan beri imbuhan ini pada pertengahan tahun mungkin selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perutusan Khas 2011 Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

No comments: