SELAMAT DATANG DIUCAPKAN BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN

Safee tinggalkan Malaysia

SAFEE Sali tetap Safee Sali dan tiada pemain boleh menggantikannya."

Itu hakikat yang terpaksa ditelan jurulatih K Devan tetapi dia merestui pemergian Safee dan amat menyokong langkah diambil penyerang berbisa Selangor dan Malaysia itu untuk memenuhi impian dan mengembangkan bakatnya dalam Liga Super Indonesia (ISL).

“Walaupun pemergiannya itu satu kehilangan, pada masa sama ia membuktikan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan saya selaku jurulatih dan pengurus tiada halangan untuk pemain meningkatkan karier mereka kerana pengalaman yang bakal diraih Safee tentunya berharga untuk skuad kebangsaan,” katanya.
Safee kelmarin mengesahkan bakal meninggalkan Selangor untuk memenuhi impiannya beraksi dengan sebuah kelab dalam Liga Super Indonesia (ISL) selepas segala isu berhubung penghijrahannya dimuktamadkan manakala pengumuman rasmi dan butiran lanjut mengenainya dijadual diumumkan FAS, esok.

Sehubungan itu, Devan berkata, penghijrahan Safee itu bukan satu kejutan kerana pengurusan FAS sendiri turut berusaha membantu penyerang itu merealisasikan hasratnya walaupun masih terikat kontrak dengan Selangor hingga akhir musim ini.

Ketiadaan Safee memaksa Devan mencuba beberapa gandingan baru di bahagian serangan tetapi itu bukan masalah besar buatnya kerana Merah Kuning mempunyai ramai pengganti berbakat seperti Amri Yahyah, Amirulhadi Zainal dan S Sritharan yang boleh digandingkan dengan Fadzli Saari.

“Selangor masih mempunyai ramai pemain untuk meneruskan perjuangan musim ini,” katanya menjelang aksi terakhir Safee apabila Selangor berdepan Kuala Lumpur di Stadium KLFA Cheras, Sabtu ini.

Kelibat penjaring terbanyak  Piala AFF, Mohd Safee Sali akan berhijrah ke Kelab Pelita Jaya dalam Liga Profesional Indonesia. Ia dikatakan sebagai satu berita buruk menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Malaysia di stadium Shah Alam.



No comments: